Aku Bukan Ustazah

Drama adaptasi novel Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud akan mengisi slot Akasia di TV3. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Mengandingkan Erysha Emyra, MK K-Clique dan Zahiril Adzim selaku pelakon utama. Aku Bukan Ustazah disiarkan mulai 3 Mei 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7:00 malam di TV3 dan strim di Tonton.



Informasi

Aku Bukan Ustazah

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 3 Mei 2024

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton

Penulis Skrip: Ayuni Zamani

Pengarah: Idora Abdul Rahman

Produksi: Global Station Sdn Bhd


Watak Pelakon

Erysha Emyra sebagai Aminah

MK K-Clique sebagai Adam

Zahiril Adzim sebagai Omar

Husna Mustaffa sebagai Zahirah

Shaza Bae sebagai Sam

Haneesya Hanee sebagai Sally

Qistina Khaled sebagai Zaza

Azhar Sulaiman sebagai Tuan Hamid

Mas Anizan sebagai Puan Habibah 

Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad

Syad Mutalib sebagai Haziqah

Ahmad Syafiq sebagai Azhar

Fikhree Bakar sebagai Aslam

Danial Dashuki sebagai Anas

Fadilah Mansor sebagai Ustazah Fatimah


Lagu Tema

Tajuk: Hening Rindu

Penyanyi: Marsha Milan

Komposer & Lirik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh


Sinopsis Aku Bukan Ustazah

Aminah (Erysha Emyra) seorang gadis berniqab, yang membesar di sebuah Madrasah. Pertemuan pertama Aminah dan Adam (MK K-Clique) ketika Adam terlibat dalam pergelutan. Perut Adam telah ditikam dan terpaksa membuka niqab demi membalut luka Adam. Sejak insiden tersebut, ia telah merubah kedua kehidupan Aminah dan Adam.


Sinopsis Novel Aku Bukan Ustazah

Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh. 


Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?


Catat Ulasan

0 Ulasan