Drama Antara Pilihan (TV1)

Telefilem khas sempena Hari Ibu bertajuk 'Antara Pilihan' bakal menemui penonton menerusi slot Panggung RTM pada 11 Mei ini, pukul 9.00 malam di TV1.




Antara Pilihan

Tayangan: Sabtu, 11 Mei 2024, 10:00 malam

Rangkaian: TV1 / RTMKlik

Penulis Skrip: Tasya Keristifa

Pengarah: Muhammad Ikhsan Sukiman

Produksi: Unit Drama TV RTM

Pelakon: Siti Elizad Sharifuddin, Puteri Rafasya, Amyza Aznan, Jaja Elias, Qi Razali, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Shyrim, Adriana Qasmia, Naurah Rayyani


Sinopsis Antara Pilihan

Mengisahkan tentang kehidupan Hani yang memilih untuk tinggal jauh dari keluarga bagi membesarkan anak angkatnya yang bernama Cinta. Cinta, wujud hasil hubungan terlarang antara abang Hani, Nazar dan seorang pelajar praktikal di firma arkitek milik arwah Zaid, iaitu bapa kepada Nazar dan Hani. 


Namun identiti Cinta itu dirahsiakan Hani dari ahli keluarganya dan ia dijadikan bahan untuk mengugut Nazar agar memberikan hak Hani di dalam syarikat, juga kebebasan untuk hidup jauh dari kongkongan Nazar dan Marlina.


Hani yang cuba membantu Shila melalui rumah perlindungan milik bekas gurunya, Cikgu Maznah terpaksa akur apabila Shila secara tiba-tiba menghilangkan diri. 


Atas rasa tanggungjawab, Hani meminta Cikgu Maznah untuk membantunya untuk mengambil Cinta sebagai anak angkat. Bermulalah episod Hani berjuang mendapatkan hak penjagaan, juga haknya untuk menjalani hidup sendiri bersama bayi tersebut tanpa kongkongan dari Marlina dan Nazar.

Catat Ulasan

0 Ulasan