Filem Ngesot Tayangan Di Pawagam 9 Mei 2024

Filem Ngesot hasil arahan Ayez Shaukat diilhamkan dari kisah benar mengenai seorang mangsa kemalangan yang jatuh gaung dan perlu 'survive' di dalam hutan. 


Filem Ngesot



Ngesot

Genre: Thriller

Tarikh Tayangan: 9 Mei 2024 

Cerita Asal: Nicholas Andrew

Pengarah: Ayez Shaukat

Produksi: Kash Pictures & Temasek Studios


Watak Pelakon

Zul Huzaimy sebagai Syazwan

Luqman Hafidz sebagai Acap

Sharifah Sakinah

Khir Rahman

Zakaria Zahid


Sinopsis Ngesot

Mengisahkan Syazwan, seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi, terpaksa berdepan kesukaran selepas dia mengalami kemalangan dan terjatuh ke dalam gaung. 


Rakan baik Syazwan iaitu Acap turut terlibat dalam kemalangan itu namun tidak dapat dikesan. Hanya suara yang kedengaran di segenap pelusuk hutan meminta pertolongan. Dalam keadaan yang teruk dan lumpuh, Syazwan terpaksa mengesot di dalam hutan untuk mencari Acap.


Syazwan terpaksa bertahan selama 4 hari tanpa bantuan perubatan, makan minum hanya berbekalkan pengalaman latihan sebagai askar membolehkan Syazwan terus "bertahan" mencari Acap dan jalan keluar.

Catat Ulasan

0 Ulasan