Sertai Kempen Laporan Kebocoran Air Selangor

Kempen Laporan Kebocoran Air Selangor adalah inisiatif Air Selangor untuk mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW) dan menambah baik pengalaman pelanggan. Pengguna Air Selangor perlu memuat turun aplikasi Air Selangor dan membuat laporan apabila pengguna menjumpai insiden paip bocor/paip pecah/meter bocor/sambungan haram.

 



Syarat-Syarat Penyertaan


Langkah 1: Muat turun aplikasi mudah alih Air Selangor.

Langkah 2: Laporkan paip bocor/paip pecah/meter bocor/sambungan haram melalui aplikasi mudah alih Air Selangor.


Pemilihan Pemenang

Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:-


Peringkat 1: Pengguna Air Selangor yang telah membuat satu (1) atau lebih laporan melalui aplikasi mudah alih Air Selangor sepanjang Tempoh Kempen;

Peringkat 2: Laporan yang dibuat sepertimana dalam Peringkat 1 hendaklah tergolong di dalam 2,000 laporan terawal yang diterima bagi sesuatu bulan sepanjang Tempoh Kempen melalui aplikasi mudah alih Air Selangor; dan

Peringkat 3: Laporan tersebut telah disahkan dan diselesaikan oleh Air Selangor.


Tempoh Kempen


1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024


sumber : Air Selangor

Catat Ulasan

0 Ulasan