Temui 8 zoo peliharaan dan ladang binatang ternakan terbaik di Selangor, di mana anda boleh berjumpa dengan haiwan-haiwan yang comel dari dekat. Terdapat banyak haiwan seperti arnab yang berbulu gebu serta kuda yang jinak, tempat-tempat ini menawarkan keseronokan untuk semua. Mari jelajahi keajaiban alam dan cipta kenangan yang tidak terlupakan dengan haiwan-haiwan yang comel dan manja!
Hussin Fauzi Farm, Kuala Selangor
Terletak di Perkampungan Bukit Belimbing, Hussin Fauzi Farm adalah sebuah zoo ternakan kecil dengan harga yang berpatutan iaitu RM15.00 untuk dewasa dan RM7.00 untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai haiwan yang sukar ditemui seperti Llama, Alpaka, Unta dan Burung Unta. Pengunjung dibenarkan untuk melihat dan menyentuh haiwan-haiwan tersebut dengan pengawasan rapat oleh kakitangan Hussin Fauzi Farm.
Selain itu, pengunjung juga boleh memberi makan haiwan- haiwan tersebut dengan makanan haiwan yang disediakan oleh zoo dengan harga RM2.00. Beberapa haiwan seperti Burung Unta, Burung Merak, Ayam dan Rusa juga akan dilepaskan bebas di sekitar kawasan dan mendekati pengunjung yang datang ke zoo. Hussin Fauzi Farm juga mempunyai gerai yang menjual makanan dan minuman ringan untuk pengunjung yang ingin mengisi perut dan berehat. Dengan harga yang berpatutan dan pelbagai jenis haiwan ternakan untuk dilihat, Hussin Fauzi Farm adalah sebuah ladang yang mesti dilawati bersama keluarga dan orang yang tersayang. Klik pautan di bawah untuk mendapat informasi lanjut:
https://www.facebook.com/people/Hussin-Fauzi-Farm-Taman-Haiwan/
https://www.tiktok.com/@hussinfauzifarm
Bukit Jelutong Eco Community Park, Bukit Jelutong
Bukit Jelutong Eco Community Park adalah sebuah taman persendirian yang terbuka untuk orang ramai. Taman ini sesuai untuk pencinta alam yang ingin melawat dan menikmati pemandangan hijau sambil mendaki bukit yang terdapat disekitar taman ini atau beriadah di tasik yang ada di sini. Pengunjung boleh datang ke taman ini tanpa dikenakan sebarang caj. Walaubagaimanapun, pengunjung dinasihati untuk berkunjung ke sini di waktu awal pagi, memandangkan tempat letak kenderaan adalah agak terhad.
Untuk pencinta haiwan, terdapat Kambing, Itik, Burung Unta, Iguana dan Landak yang dipelihara di ladang yang ada di taman ini. Pengunjung boleh berinteraksi dan bermain dengan haiwan- haiwan di sini. Makanan haiwan juga disediakan dengan harga serendah RM5.00 hingga RM10.00 di pintu masuk taman. Pengunjung boleh melawati ladang di Bukit Jelutong Eco Community Park dari jam 9:00 pagi hingga 10:30 pagi untuk sesi pagi dan dari jam 3:00 petang hingga 7:00 petang untuk sesi petang. Selain itu, pengunjung yang ingin berehat boleh melawat kafe mereka untuk menikmati makanan dan kopi yang disediakan. Pengunjung yang datang ke sini juga dapat menikmati suasana yang tenang, sambil beriadah dan mengambil gambar.
Klik pautan di bawah untuk mendapat informasi lanjut:
https://www.facebook.com/BukitJelutongEcoCommunity/
https://www.instagram.com/bukitjelutongecocommunity
http://www.ecocommunitypark.org/lander
IOI City Farm, IOI Ciy Mall, Sepang
IOI City Farm merupakan zoo mini di dalam bangunan dengan pelbagai hidupan liar, serangga, hidupan akuatik dan banyak lagi. Terdapat Kucing Bengal, Tikus Belanda, Walabi dan Monyet Marmoset serta pelbagai lagi haiwan untuk pengunjung berinteraksi bersama dan memberi makan. Terdapat juga mesin layan diri yang menjual makanan haiwan dengan harga RM 10.00 untuk satu paket untuk aktiviti memberi makan kepada haiwan-haiwan kecil di sini seperti Arnab, Tikus Belanda, Ikan Koi dan banyak lagi.
Pengunjung juga boleh menangkap beberapa ikan kecil dengan jaring yang tersedia, sesuai untuk dewasa atau kanak- kanak. Para pengunjung juga boleh membeli cenderahati dan barangan yang unik untuk disimpan.
Klik pautan di bawah untuk mendapat informasi dengan lebih lanjut:
https://www.ioicityfarm.com.my/
https://www.instagram.com/ioicityfarm/
G2G Animal Garden, Serdang
Sebuah zoo peliharaan kecil dengan lebih daripada 80 spesies eksotik dan tempatan. Pengunjung yang datang ke Taman Haiwan G2G di Serdang akan melihat pelbagai tarikan seperti burung hantu, rumah kucing, rumah terapi, taman arnab, laman ternakan kampong, santuari rusa, dan rumah reptilia. Untuk rakyat Malaysia, harga kemasukan berharga diantara RM25.00 hingga RM35.00 dan untuk pelacong, harga masuk berharga diantara RM50.00 hingga RM60.00. Pengunjung boleh melihat haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat, membelai dan memberi makan makanan haiwan. Antara haiwan peliharaan yang ada adalah seperti Capybara, feret, Unta, Rakun, Alpaka dan banyak lagi.
Pengunjung juga boleh memberi makan kepada haiwan- haiwan di sini dengan harga RM 10.00 untuk satu baldi. Selain itu, terdapat juga banyak aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa seperti menunggang kuda dengan kos RM8.00 setiap perjalanan dan aktiviti memancing ikan-ikan kecil dengan kos RM5.00 seorang. Pengunjung juga boleh membawa pulang ikan yang ditangkap dan bawa pulang untuk dipelihara. Klik pautan di bawah untuk makluman lebih lanjut:
https://www.g2ganimalgarden.com/
https://www.tiktok.com/@g2ganimalgarden
https://www.instagram.com/g2ganimalgarden/
Just Pets Megastore, Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya
Dikenali sebagai zoo peliharaan dalam bangunan yang terbesar di Malaysia, Just Pets Megastore di Tropicana Gardens Mall di Petaling Jaya adalah kedai haiwan peliharaan dengan zoo mini yang dipanggil ‘Just Farm’ yang memerlukan pembayaran kemasukan sebanyak RM48.00 untuk dewasa dan RM38.00 untuk kanak-kanak. Zoo mini ini mempunyai banyak haiwan eksotik untuk pengunjung datang dan melihat haiwan, memberi makan dan berinteraksi dengan haiwan- haiwan di sini seperti Meerkat, Rakun, Tikus Belanda, Kambing Pygmy, Alpaka, pelbagai jenis Reptilia dan banyak lagi. ‘Just Farm’ juga menyediakan makanan untuk diberi kepada haiwan-haiwan tertentu dengan harga RM10.00 setiap baldi. Selain itu, Just Pets Megastore juga mempunyai tempat yang dikhaskan untuk penjagaan kucing-kucing eksotik seperti Maine Coons, Munchkins, British Short Hairs dan banyak lagi yang dipanggil ‘Just Cats’. ‘Just Cats’ dibuka dalam masa yang terhad untuk pengunjung masuk. Bukan itu sahaja, Just Pets Megastore juga menjual pelbagai jenis ikan air tawar, ikan air laut, kucing, sugar glider, aksesori akuarium dan keperluan haiwan peliharaan lain. Mana-mana pelawat yang ingin menjamu selera, terdapat kafe ‘Just Eats’ boleh didapati dalam kedai ‘Megastore’ yang menjual pelbagai jenis makanan. Daripada zoo mini ke kafe, pencinta haiwan peliharaan dapat menikmati pengalaman yang menyeronokkan.
Klik pautan dibawah dengan lebih lanjut:
https://justpets.asia/
https://www.instagram.com/justpetsmegastore/
https://www.tiktok.com/@just.pets.megastore
The Mins, Kota Damansara
Dengan lebih daripada 60 spesies yang berbeza dari Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tenggara, pelbagai jenis mamalia, reptilia, amfibia, dan ikan untuk pelawat dan pencinta haiwan untuk bermain bersama. Dengan caj hanya RM 30.00 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, pengunjung boleh melihat beberapa haiwan eksotik seperti Musang Canadian Marble, Prairie Dog, Kuda, dan banyak lagi.
Beberapa haiwan seperti kambing dan ular juga dijual di sini. Bagi mana- mana pengunjung yang ingin berehat dan bersantai, Kafe Luckbros Kopi boleh didapati di zoo mini ini yang menyajikan pelbagai juadah tempatan dan luar negara seperti Nasi Lemak, Pasta, Mi, dan minuman yang menyegarkan untuk dicuba. The Mins menyediakan ruang dewan untuk menyewa, kafe dan zoo kecil yang sesuai untuk
mana-mana pencinta haiwan peliharaan untuk ingin menganjurkan acara di lokasi yang tersedia. Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut:
https://www.instagram.com/theminsatkd/
Farm In The City, Seri Kembangan
Farm In The City adalah ladang peliharaan yang mendapat perhatian ramai penduduk tempatan dan pelawat. Harga tiket biasa berharga diantara RM48.00 hingga RM58.00 manakala rakyat Malaysia boleh mendapatkan diskaun apabila anda menunjukkan MyKad anda di kaunter tiket yang berharga dari RM32.00 hingga RM39.00. Pengunjung boleh melihat pelbagai haiwan eksotik seperti pelbagai spesies Kura-Kura, Kambing,
Alpaka, Keldai, Rusa dan banyak lagi haiwan yang berkeliaran bebas di kawasan Farm in the City. Makanan haiwan juga disediakan untuk pengunjung membeli dan memberi makan dengan hanya RM10.00 sebaldi. Bukan itu sahaja, kakitangan di sini juga akan sentiasa ada di sekitar untuk membantu pengunjung bermain dan mengambil gambar dengan beberapa haiwan eksotik seperti Rakun, burung hantu dan reptilia yang sangat jinak. Snek dan minuman juga disediakan di zoo mini ini untuk mana-mana pengunjung yang ingin berehat dan menikmati pemandangan. Dengan aktiviti ladang tersedia setiap hari seperti memberi makan haiwan dan serta bermain dengan haiwan, pengalaman mengunjungi ke Farm in the City semestinya sesuatu yang tidak dapat dilupakan.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://farminthecity.my/
https://www.instagram.com/farminthecitymalaysia/
Penutup
Sama ada anda mencari tempat untuk bermain sambil belajar, mencari tempat yang tenang bersama haiwan atau hanya ingin memenuhi hari anda dengan aktiviti yang menyeronokkan, zoo mini dan ladang peliharaan haiwan yang terdapat di Selangor semestinya akan memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Daripada haiwan- haiwan seperti Arnab, Kambing, serta Kuda dan Alpaka yang jinak, tarikan-tarikan di kesemua tempat ini semestinya menawarkan banyak keindahan alam semula jadi dan kegembiraan berinteraksi dengan haiwan. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor,
www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor
TOURISM SELANGOR SDN BHD
Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan No. 3 Jalan Indah,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 603 5513 2000 Fax: 603 5513 6268
Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan YouTube Pelancongan Selangor.
#PusingSelangorDulu
0 Ulasan