Kesihatan : 10 Jenis Makanan Penurun Kolesterol

Diet pemakanan harian anda memainkan peranan penting terhadap keseimbangan kolesterol dan faktor lain.



Berikut adalah makanan penurun kolesterol dan dapat mengurangkan faktor risiko lain yang menyumbang kepada penyakit jantung.


1. Terung

Terung mengandungi serat makanan yang tinggi dan merupakan antara jenis makanan turunkan kolesterol.



Serat membantu meningkatkan kadar kolesterol darah. Ia juga mengurangkan risiko daripada mendapat:

  • Penyakit jantung
  • Strok
  • Obesiti
  • Diabetes jenis 2


2. Epal

Pengambilan 2 biji epal sehari dipercayai dapat mengurangkan kadar kedua-dua jenis kolesterol.

Amalan ini juga menurunkan kadar trigliserida – sejenis lemak dalam darah.

Epal juga mengandungi sebatian yang disebut polifenol, yang dikatakan memberi kesan positif pada kadar kolesterol.


3. Ikan berlemak antara 10 makanan penurun kolesterol



Ikan berlemak seperti salmon dan ikan tenggiri adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik.

Omega-3 dapat memperbaiki kesihatan jantung dengan meningkatkan kolesterol HDL dan menurunkan risiko keradangan dan strok.

Manfaat pelindung jantung juga boleh diperolehi daripada ikan melalui sebatian peptida yang terdapat dalam protein ikan.


4. Buah-buahan

Buah adalah makanan turunkan kolesterol yang baik untuk ditambah dalam diet pemakanan jantung sihat.

Terdapat pelbagai jenis buah tinggi dengan serat larut – yang membantu menurunkan kadar kolesterol.

Buah juga mengandungi sebatian bioaktif yang membantu mencegah penyakit jantung dan masalah kesihatan kronik lain kerana kesan antioksidan dan antiradangnya.


5. Kekacang



Kekacang adalah sumber lemak tak tepu yang baik dan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL.

Makanan turunkan kolesterol ini kaya serat dan dapat mengawal penyerapan kolesterol oleh tubuh dan meningkatkan proses penyingkirannya.

Antara jenis kekacang yang sesuai untuk diet sihat dan mengurangkan kolesterol adalah:

  • Kacang badam
  • Walnut
  • Pistachio
  • Pecan
  • Kacang hazel
  • Gajus


6. Coklat gelap



Koko yang terdapat dalam coklat gelap, mengandungi flavanoid – sebatian dalam kebanyakan jenis buah-buahan dan sayuran.

Sifat antioksidan dan antiradang yang terkandung di dalamnya dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan.

Mereka yang ada masalah kolesterol tinggi disarankan untuk mengambil sebarang produk coklat gelap secara sederhana kerana kebanyakannya tinggi kandungan lemak tepu dan gula.


7. Teh hijau, 1 daripada 10 makanan penurun kolesterol

Kandungan antioksidan yang dikenali sebagai catechin dalam teh tertentu, seperti teh hijau, sangat bermanfaat kepada kesihatan.

Pengambilan teh hijau dipercayai dapat meningkatkan tahap kolesterol secara signifikan, mengurangkan tahap kolesterol total dan LDL tanpa menurunkan tahap kolesterol HDL.



8. Sayuran berdaun gelap

Secara amnya, semua sayuran adalah baik untuk jantung. Pun begitu, sayuran berdaun gelap sangat bermanfaat dan menjadi antara jenis makanan turunkan kolesterol.

Antara jenis sayuran berdaun gelap seperti bayam dan kangkung, mengandungi lutein dan karotenoid – yang dikaitkan dengan risiko penyakit jantung lebih rendah.

Sayuran jenis ini juga membantu menurunkan kadar kolesterol dengan mengikat asid hempedu dan menjadikan tubuh menyingkirkan lebih banyak kolesterol.


9. Minyak zaitun

Extra virgin olive oil (EVOO) yang sering digunakan sebagai minyak masak adalah antara 10 jenis makanan penurun kolesterol dan baik untuk jantung.

Kandungan lemak tak tepu mono (monounsaturated fat) yang terdapat dalam minyak zaitun ini membantu mengurangkan kadar LDL.

EVOO ini juga mempunyai sifat antioksidan dan antiradang yang sangat bermanfaat untuk keseluruhan kesihatan kardiovaskular.


10. Bendi antara 10 makanan penurun kolesterol

Kandungan seakan gel di dalam bendi yang disebut sebagai mucilage dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dengan mengikatnya semasa proses pencernaan.

Ia membantu menyingkirkan kolesterol melalui najis.


Kesimpulan

Memastikan kadar kolesterol seimbang dalam badan penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Jika anda tidak pasti sama ada 10 makanan penurun kolesterol ini sesuai untuk diet anda atau tidak, berundinglah dengan pakar pemakanan atau doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.


sumber : Hello Doktor

Catat Ulasan

0 Ulasan