Apa Itu Vertigo Dan Penyebab Terjadinya Vertigo

Vertigo adalah keadaan di mana seseorang merasa seolah-olah dirinya atau sekitarnya berpusing atau bergerak, meskipun sebenarnya tidak ada pergerakan. Keadan ini juga diikuti dengan rasa mual, muntah, berpeluh, dan ketidakseimbangan tubuh, yang akan mengganggu aktiviti seharian apabila ianya terjadi sehari-hari. 

Apa Itu Vertigo


Beberapa Penyebab Vertigo

  • Benign paroxysmal positional Benign paroxysmal positional Vertigo (BPPV): Terjadi ketika partikel kecil di dalam telinga dalam berpindah ke tempat yang salah, sehingga mengganggu keseimbangan.
  • Labirinitis atau Neuritis Vestibular: Peradangan di bahagian dalam telinga atau saraf vestibular (saraf keseimbangan) akibat jangkitan, biasanya virus.
  • Penyakit Meniere: Penyakit kerana adanya cairan berlebihan di dalam telinga, yang menyebabkan vertigo, gangguan pendengaran, dan telinga berdengung.
  • Migrain Vestibular: Vertigo yang disebabkan oleh migrain, menyebabkan terasa berpusing dengan gejala migrain lainnya seperti sakit kepala atau sensitif terhadap cahaya dan suara.
  • Vertigo kadang kala berlaku beberapa ketika hingga beberapa jam, dan ada yang berhari-hari. Menangani vertigo tergantung pada penyebabnya, misalnya dengan terapi fisik (terapi reposisi partikel), ubat-ubatan, atau perubahan gaya hidup.


Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.


Vertigo disebabkan kecederaan pada brainstem atau cerebellum. Punca utama gangguan Vestibular central adalah transience ischaemic attack, vestibular schwannoma / cerebellar tumours, cervical spine disorder, migraine headaches, multiple sclerosis ,disfungsi otak dan sakit kepala migraine


Siapakah mudah terdedah kepada Vertigo?



Vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan adalah kira-kira dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding  dengan lelaki.


  • Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)
  • 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)
  • Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)


Tanda dan gejala Vertigo?

  • Rasa berpusing
  • Pening
  • Mual/Loya
  • Muntah
  • Ketidakseimbangan
  • Penglihatan kabur
  • Sukar berjalan


Rawatan Vertigo oleh ahli fisioterapi


  • Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
  • Unilateral Vestibular hypofunction (eg vestibular labrynthitis, neuronitis, meniere’s disease)
  • Bilateral vestibular loss (ubat / ototoxicity, keturunan)
  • Psychogenic vertigo
  • Diagnosis vestibular tidak jelas (post traumatic vertigo, multifactorial disequilibrium of the elderly)


Ahli fisioterapi memainkan peranan yang penting untuk mempercepat pemulihan pesakit yang mengalami vertigo.


Ahli fisioterapi akan menjalankan penilaian untuk menentukan apa sebenarnya masalah yang dihadapi dan menentukan jenis rawatan yang akan diberi.


Tujuan rawatan fisioterapi adalah terdiri daripada:

  • Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala (Shepard & Telian, 1993)
  • Meningkatkan kestabilan pandangan (Herdman, 2003)
  • Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan (Krebs et al, 2003)
  • Meningkatkan kecergasan dan daya tahan
  • Mengurangkan risiko jatuh (Hall et al, 2004)
  • Teknik posisi untuk BPPV
  • Meningkatkan tahap aktiviti umum.


Apakah Perawatan Fisioterapi?


Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.


Rawatan adalah melibatkan latihan :

  • Habituation
  • Penyesuaian
  • Keseimbangan.
  • Gaya berjalan.
  • Kekuatan otot.
  • Fleksibiliti


Selain dari itu ada juga rawatan seperti teknik posisi canalith, pencegahan dari jatuh, dan pendidikan pesakit


Ahli fisioterapi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca-punca lain yang boleh menyebabkan anda  pening / rasa berpusing dan bagaimana ia boleh dirawat.


Selepas diagnosa ditentukan, selain penilaian pelan rawatan akan dirancang untuk memenuhi matlamat anda. Ahli fisioterapi akan membantu untuk memulihkan ketidakselesaan anda.


Diagnosis yang tepat tentang vertigo akan memberi kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh jangka masa yang pendek.


Rawatan yang boleh diperolehi dalam pemulihan vestibular Fisioterapi

Senaman adaptasi vestibular untuk meningkatkan penglihatan dengan pergerakan kepala.


sumber : http://www.myhealth.gov.my/fisioterapi-untuk-vertigo/



Catat Ulasan

0 Ulasan