Resipi Kuih Tepung Gomak

Min sangat suka kuih tepung gomak ni dengan rasa kenyal-kenyal dan memang layan dikunyah, dimakan waktu petang sambil duduk di halaman rumah. Memang asyik! Jadi min dah jumpa resipi untuk dikongsi supaya anda pun boleh membuatnya.

Kuih Tepung Gomak
gambar : sumber Google


Bahan Doh

2 cawan tepung pulut

1 sudu makan tepung gandum

1 cawan santan (tak perlu habiskan) bergantung pada doh.


Cara Uli

1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul rata.

2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras


Bahan-bahan Inti

3 cawan kelapa parut putih

1 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

1 sudu makan tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air

2 helai daun pandan – disimpul

Tepung kacang hijau secukupnya – untuk salut kuih. Boleh beli di kedai bakeri.


Cara Masak Inti

1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.

2. Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.

3. Masak inti guna api perlahan dan kacau rata sehingga intinya sedikit lembab. Angkat dan sejukkan.

4. Dalam kuali berasingan, sangai tepung kacang hijau dan ayak. Ketepikan.




Cara Memasak Kuiht Tepung Gomak

1. Didihkan air dalam periuk.

2. Ambil sedikit doh, masukkan inti secukupnya dan bulatkan.

3. Masukkan doh ke dalam periuk berisi air mendidih tadi. Rebus hingga doh timbul. Angkat doh dan toskan.

4. Kemudian golekkan dalam bekas berisi tepung kacang hijau tadi sambil tekan perlahan-lahan supaya doh jadi leper.

5. Lakukan hingga habis adunan. Sedia untuk dinikmati.


sumber : tak ingat jumpa dimana.


Catat Ulasan

0 Ulasan