Filem Strike Silat Cult Master Di Pawagam 13 Februari 2025

Filem ini mengetengahkan keunikan silat sebagai warisan budaya Malaysia, diarahkan oleh Mallory Lee dan diinspirasikan daripada permainan video klasik era 90-an.  Syarikat produksi Katana Film tampil dengan sebuah naskhah yang diberi judul 'Strike: Silat Cult Master' menggabungkan aksi silat dan fiksyen moden.


Sinopsis Strike Silat Cult Master

Mengisahkan tentang Izra (Aiman Ameer) sewaktu kecil terpaksa melarikan diri daripada Abil (Jay Iswazir) ketua kumpulan samseng yang turut bertindak membunuh ibunya, Salmah (Trisha Ooi).


Semasa melarikan diri, Izra turut membawa sekali seutas loket misteri pemberian ibunya. Kemudian, dia telah diselamatkan oleh Tok Rahmat yang akhirnya telah menjadi guru silatnya.


Setelah dewasa, dia pergi mencari Abil untuk membalas dendam atas kematian ibunya. Semasa pencarian berkenaan, dia telah bertemu dengan beberapa individu lain yang turut mahir dalam silat dan mereka bergabung untuk menumpaskan Abil.


Barisan Pelakon

Aiman Ameer sebagai Izra

Azri Safix sebagai Kris

Muhammad Lokman sebagai Tok Rahmat

Jay Iswazir sebagai Abil

Fify Azmy sebagai Suzan

Trisha Ooi sebagai Salmah

Seelan Manoheran sebagai Asura

Ayez Shaukat sebagai Malik

Manvin Khera sebagai Songkro

Colleen Augustine sebagai Nakira

Fitri Farouk sebagai Bartender

Iqbal Riezky Haikal sebagai Izra (kecil)

Mirza Idz Firths Abdul Aziz sebagai Kris (kecil)

Lim Koet Yenn sebagai Suzan (kecil)


Info Filem Silat Cult Master

Strike: Silat Cult Master

Tarikh Tayangan: 13 Februari 2025

Penulis Skrip: Danial Arif

Pengarah: Mallory Lee

Produksi: Katana Film Sdn Bhd



Catat Ulasan

0 Ulasan