Mungkin raya tahun depan bolehlah cuba buat kuih makmur Sabah ni. Katanya rangup dan cair dalam mulut. Tapi harus ada kesabaran tinggi untuk sebab perlu nak gentel satu-satu sampai habis adunan. Jom kita cuba!
Biskut Makmur Sabah
Bahan²
500g tepung gandum - sangai
300g marjerin- dicairkan
2 sdb minyak sapi - dicairkan
250g kacang tanah- blend separa halus
60g susu tepung
50g gula aising - optional
Cara²
- Tepung gandum sangai sampai masak(macam mana nak tahu tepung dah masak, bila tepung tu dah rasa ringan) guna api yang kecil dan sentiasa kacau. Sejukkan dan tepung wajib diayak.
- Cairkan marjerin dan minyak sapi. Tunggu sehingga sejuk, masukkan tepung gandum, kacang tanah, gula aising dan susu tepung, gaul semua sehingga sebati. Bulat²kan dan boleh dibakar. Dah sejuk gaul bersama susu tepung dan gula aising.
- Bakar suhu 150 selama 20 minit perang bahagian bawah.
Kredit resepi di fb dan diolah sukatan oleh Tuan Adriana Arissa
0 Ulasan