Resipi Sup Ayam Ringkas Dan Sedap


Terima kasih Puan Nur Amalyna. Resepi ringkas tak sampai 30 minit. Masa tahajud sempat nak sediakan untuk bersahur esok.


Bahan-bahan

Ayam

Serai (diketuk)

Bawang putih (diketuk)

Halia (diketuk)

Ubi kentang

Cili padi

Garam

Perasa

Limau

Daun ketumbar


Cara Penyediaan

1. Masukkan ayam, serai, bawang putih, halia, ubi kentang dan beberapa cili api bahan dalam periuk.

2. Tuang air untuk rebus semua bahan.

3. Bila dah mendidih, masukkan perasa dan garam.

4. Sambil tunggu kuah masak, tumbuk bawang merah dan cili padi. Kemudian, masukkan dalam mangkuk yang dah sedia untuk hidang sup.

5. Masukkan jugak perahan air limau dan daun ketumbar.

6. Bila sup dah siap masak, tuang dalam mangkuk yang ada bawang merah tadi. Siap!


Kredit : Nur Amalyna

Catat Ulasan

0 Ulasan