Kalau makan Char Kuetiau ni lebih sedap kalau ada cili jeruk. Kat bawah ni resipi char kuey teow paling ringkas dan mudah yang dimasak bagi setiap pinggan berasingan yang boleh anda cuba dirumah.
Bahan-bahan
Kuey teow (cuci toskan)
Cili kering dan bawang besar, dikisar
Sos Cili
Kicap Manis
Kicap Pekat
Sos Tiram
Bawang putih, diketuk
Taugeh
Kucai
Telur
Udang, direbus (simpan air rebusan)
Kerang, direbus
Cara penyediaan
1. Panaskan kuali, masukkan minyak (lebihkan sedikit supaya masukkan telur dan kuey two tak batat)
2. Tumis bawang putih, masukkan udang, cili kisar 3 sudu besar, sudu besar sos cili, sos tiram, kicap pekat, 5 sudu kicap manis sedikit garam. Kacau-kacau, masukkan air rebusan udang.
3. Pecahkan telur, kacau-kacau, sebatikan, kemudian masukkan kerang, kuey teow, taugeh dan kucai. Masak dengan api besar.
Selamat mencuba.
Kredit muhammad Abdullah
0 Ulasan