Sinopsis Sekam Di Dada Di TV3

 


Drama bersiri 20 episod 'Sekam Di Dada' akan ditayangkan bermula 11 Mac 2025. di slot Samarinda TV3 bermula 11 Mac 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam. 


Sekam Di Dada

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 11 Mac 2025

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Pengarah: Zamri Zakaria

Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd


Watak Pelakon

Adi Putra sebagai Nasir

Amyra Rosli sebagai Orkid

Josiah Hogan sebagai Arif

Puteri Sarah Liyana sebagai Rozi

Auni Yusri sebagai Sara

Apich Lo sebagai Nazman

Qistina Khaled sebagai Noreen

Arash Mohd sebagai Azman

Nadia Brian sebagai Suri

Izuan Razali sebagai Rizal

Ieda Moin sebagai Munah

Syazuwan Hassan sebagai Hisham


Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tetap Berharap

Penyanyi: Jimi Kamal


Sinopsis Sekam Di Dada

Mengisahkan penderitaan Orkid (Amyra Rosli), seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan toksik bersama suaminya, Nasir (Dato’ Adi Putra). Di luar, Nasir mungkin nampak seperti seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab, tetapi di sebalik dinding rumah mereka, Orkid berdepan dengan tekanan mental yang semakin menghimpit.


Apabila Nasir jatuh sakit dan kehilangan keupayaan berjalan akibat jangkitan kuman pada saraf tunjang, Orkid mengambil keputusan mengejutkan, dia menuntut cerai! Keputusan itu tidak hanya mencetuskan kemarahan Nasir, malah menimbulkan ketidakpercayaan di kalangan anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri).


Nazman langsung tidak dapat menerima keputusan ibunya. Bagi Nazman, ibunya seorang yang kejam, curang, dan tidak bertanggungjawab. Namun, tidak semua ahli keluarga mudah terpengaruh dengan kata-kata Nasir. Noreen (Qistina Khaled) dan Sara percaya bahawa seorang ibu tidak akan bertindak tanpa sebab. Tapi apakah rahsia yang Orkid simpan selama ini? Mengapa dia memilih untuk meninggalkan Nasir ketika suaminya berada dalam keadaan paling lemah?


Keadaan menjadi semakin tegang apabila impian Orkid untuk menyambung pelajaran diketahui oleh Nazman. Bagi Nazman, itu sesuatu yang tidak boleh diterima. Baginya, seorang isteri hanya perlu mengorbankan segalanya demi suami dan anak-anak. Lantas, dia memperlekehkan cita-cita ibunya, menyebabkan Orkid makin tertekan sehingga akhirnya menghilangkan diri.


Dalam ketiadaan Orkid, beban menjaga Nasir kini dipikul oleh Nazman, Noreen, dan Sara. Namun, barulah mereka sedar bahawa Nasir bukan lelaki yang mudah untuk diuruskan. Keadaan Nasir yang semakin sukar dikawal, sering mengamuk dan bersikap cerewet, membuatkan mereka mula memahami mengapa Orkid mahu pergi. Namun, Nasir tetap berkeras mahu isterinya pulang, malah memaksa Orkid kembali ke rumah. Tetapi kepulangannya bukanlah dengan hati yang rela, sebaliknya dengan satu permintaan cerai secara baik. Namun, Nasir enggan melepaskannya, lantas mencetuskan lebih banyak konflik dalam rumah tangga mereka.


Keadaan bertambah rumit apabila Arif (Josiah Hogan), lelaki dari masa silam Orkid, kembali ke dalam hidupnya. Namun, kehadiran Arif tidak datang tanpa masalah. Bersama isterinya, Rozi (Puteri Sarah Liyana), mereka membawa rahsia dan agenda tersembunyi yang boleh menggoncangkan lagi kehidupan Orkid dan Nasir. Apakah rahsia besar yang akan terbongkar?

Catat Ulasan

0 Ulasan