Peminat Kopi Mesti Tahu Jenis Kopi Sebelum Order Untuk DiNikmati

Kita seringkali kalut bila sesekali masuk ke kedai kopi seperti Zuss, Starbuck dan tidak tahu apa nak di minum apatah lagi bila tengok kat paparan tu terus rasa pening nak minum yang mana. Mungkin ianya bukan masalah bagi sesetengah anda yang saban hari atau menjadikan kedai kopi berjenama ni dalam rutin anda.


Bagi yang pertama kali, pasti terfikir apa itu Latte, Mocha atau Cappucino walau seringkali didengari dalam iklan televisyen. Silap order mau dapat kopi yang tak mampu untuk anda hadam, dah la harga minuman tersebut bukan 3 atau 4 ringgit kan.



kopi


Jadi, sebelum anda ke kafe pilihan, jom kita baca 8 jenis kopi yang kebiasaanya menjadi pilihan ramai. Bila dah tahu jenis kopi tersebut, barulah 'in-trend' bukan!


Americano

Jika anda selalu menonton drama Korea, pasti akan perasan bila ada babak di kafe mereka akan pesan kopi Americano. Bila dilihat, kopinya sama macam kopi biasa berwarna hitam gelap.


Jangan disangka kopi yang sama gelap, rasanya juga sama. Dari bahan asas yang sama iaitu kopi Espresso dan ditambah air panas. Americano mempunyai aroma kopi yang kuat walaupun rasa kafein yang rendah. Kebiasannya, ia disediakan dalam gelas atau cawan yang besar.


Kopi ini agak pahit dan ada orang suka tambahkan gula atau diminum begitu sahaja. Bergantung pada individu untuk nikmati kopi mereka.


Selain kedai kopi berjenama antarabangsa, yang kedai kopi lokal pun menarik juga


Cappuccino

Cappuccino hampir seakan sama dengan Latte namun cara penyediaannya sedikit berbeza. Cappuccino ditambah buih susu pada bahagian atas kopi. Mudah sahaja nak ingat Cappuccino ini, hanya perlu bayangkan Cafe Latte yang ada extra susu di atasnya.


Kopi Cappuccino sering menjadi pilihan ramai. Barangkali kerana ianya manis disebabkan oleh adanya campuran susu dan rasanya tidak terlalu pahit.


Kalau ke Kuantan, mungkin boleh cuba rasa kopi terbalik yang nyata berbeza.


Espresso

Espresso merupakan kopi pekat dan juga bahan ‘asas’ untuk membuat kopi yang lain seperti latte, mocha dan sebagainya. Dibuat khas dari alat tekanan untuk mendapatkan rasa kopi yang pahit dan rasa kopi yang sebenar.


Kebiasaannya, ia dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, jangan pelik bila  anda dapat secawan kopi sekecil tapak tangan bila pesanan tiba. Rasanya amat pekat dan pahit, namun ia tidak menjadi masalah kepada mereka yang sudah menggemari espresso ini.


Tapi, anda boleh menambah gula untuk mengawal rasa pahit kopi Espresso. Haa, agak-agak berani tak nak cuba?


Mocha

Bagi peminat minuman coklat, anda boleh nikmati kopi yang dipanggil Mocha ini. Gabungan kopi dan coklat yang berasal dari Amerika, hasil inspirasi dari kopi Itali ‘Bicerin’.


Rasa kopi Mocha tidak sama di semua kafe kerana ia bergantung pada kuantiti kopi espresso dan sirap coklat. Minuman Mocha ini boleh dinikmati secara sejuk atau panas.


Cafe Latte

Cara membuat kopi Latte ini cukup mudah, hanya perlu campurkan 1 shot atau 2 shot kopi Espresso dan dicampur dengan susu yang dikukus (steamed milk). Latte berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud susu. Sekiranya anda melancong ke Itali, pastikan menyebut Cafe Latte bukan Latte, kalau tak nanti anda hanya akan diberi segelas susu!


Macchiato

Jika Cafe Latte, kopi akan dibancuh bersama susu. Berbeza dengan Macchiato, kopi akan ditambah ke dalam susu. Haa, nampak tak permainan dia kat situ. Sekarang, kopi Macchiato sudah diperkenalkan dengan pelbagai perisa tambahan seperti karamel, vanilla dan coklat.


Cold Brew

Kopi ini sedikit sedikit unik kerana diseduh tanpa menggunakan air panas. Cold brew hanya mengalami proses penyeduhan air sejuk dengan suhu bilik selama beberapa jam sehingga menghasilkan kopi dengan aroma dan sensasi rasa yang khas.


Affogato

Affogato dalam bahasa Itali bermaksud tenggelam. Ada yang memanggilnya sebagai pencuci mulut dan ada yang memanggilnya sebagai minuman. Affogato ini adalah gabungan aiskrim vanilla atau gelato yang dicurahkan dengan espresso panas. Sedap sangat nikmati pada waktu petang kerana ianya manis dan pada masa yang sama terasa pahit berlemak kopi itu.


Rasa kopi yang pahit bercampur dengan rasa lemak manis ternyata memberi satu kenikmatan yang sukar digambarkan, sekaligus menjadikan ia antara minuman paling popular di seluruh dunia.


Bagi pencinta kopi, seteguk minuman itu sudah mampu untuk bertindak sebagai ‘ubat penenang’ buat mereka. Bau harum biji kopi yang dipanggang bagai menjadi satu terapi, malah adakalanya mampu menghilangkan tekanan selepas sibuk dengan tugas seharian.


10 Fakta Menarik Tentang Kopi

Jom lihat fakta menarik mengenai kopi yang mungkin tidak semua orang tahu.


1. Tanggal 1 Oktober dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa.


2. Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini adalah kira-kira AS$50 (RM220) secawan.


3. Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.


4. Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.


5. Daripada lebih 50 spesies kopi di seluruh dunia, hanya ada dua jenis kopi yang paling popular digunakan untuk produksi komersil iaitu Arabica dan Robusta.


6. Kopi memberi manfaat kepada kesihatan antaranya mampu mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu untuk membakar lemak.


7. Brazil merupakan negara paling besar menghasilkan kopi sebanyak 40%, diikuti Columbia dan Vietnam.


8. Mungkin ramai yang tidak tahu kopi merupakan sejenis buah. Buah kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang.


9. Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.


10. Sesetengah orang akan merasa anxiety bila minum kopi sampai menjadi sangat over aktif.


Sumber : xtra


Catat Ulasan

0 Ulasan