Putrajaya - 5 Taman Menarik Untuk Dikunjungi

Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia juga pusat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi oleh warga Malaysia dan turut menjadi lokasi tarikan buat pelawat dari pelbagai negera. Putrajaya satu bandar terancang, terletak 25 km selatan Kuala Lumpur menempatkan pejabat kerajaan yang berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999 bagi mengurang kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak Raja dan Parlimen, termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan.


Terdapat 5 taman yang menarik untuk dikunjungi bagi menenangkan fikiran dan bersantai dari kesibukan kerja seharian.


Putrajaya Secret Garden

gambar : klook


Baru sahaja dibuka, taman lampu yang dinamakan sebagai Putrajaya Secret Garden ini bakal menyinari hidup anda dan keluarga di waktu malam. Taman ini terletak di Taman Putra Perdana Presint 1 dan berhadapan dengan Hotel Pulse Grande. Ia juga merupakan garisan penamat buat Putrajaya Steps.


Jika anda sudah mendaki Putrajaya Steps nanti, berehat-rehat lah di taman ini. Namun, buat pengetahuan anda, tarikan utama taman ini terletak pada sebelah malam. Tepat jam 7pm, lampu-lampu LED yang berwarna-warni dan melingkari setiap sudut taman ini dihidupkan.


Lampu-lampu LED yang menghiasi taman ini memang cukup cantik. Juraian-juraian lampu yang jatuh dari pokok-pokok, cebisan-cebisan lampu yang terselit di pokok-pokok bush dan garisan-garisan lampu yang diletak khas di sekitar taman ini membuatkan seluruh Putrajaya Secret Garden ini kelihatan seperti taman dalam filem avatar, Pandora.


Buat anda yang akan ke sini bersama keluarga, kanak-kanak kecil tentu akan kagum dengan skulptur 3D yang diperbuat dengan lampu-lampu LED ini. Ada yang berbentuk dinosaur tau. Taman ini memang cukup cantik dan sesuai dijadikan tempat date night, bergambar bersama rakan-rakan ataupun tempat beriadah malam bersama keluarga.


Alamat: Taman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya


Sumber: wazari_wazir, Ann Bok, Nimville


Taman Putra Perdana Putrajaya



Sebagai bandar pintar dalam taman, tidak peliklah kenapa begitu banyak sekali taman yang ada di sekitar Putrajaya ni. Salah satunya adalah Taman Putra Perdana Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Pulse Grande Hotel, Presint 1 dan di tengah-tengah bulatan utama Putrajaya.


Di dalam taman ini juga terdapat sebuah mercu tanda berbentuk piramid iaitu Plaza Mercu Tanda yang didirikan untuk merasmikan bandaraya Putrajaya pada tahun 1995. Selain dapat melihat dengan lebih dekat binaan yang ikonik ini, anda juga boleh menggunakan teropong umum yang disediakan untuk melihat keindahan sekitar Putrajaya dengan sepuas hati.


Dah puas meneropong, anda boleh meneruskan perjalanan kaki di sekitar taman dan berhenti seketika di Fragrance Garden untuk menikmati aroma bunga-bungaan seperti bunga Cempaka Telor, bunga Cina dan bunga Melati. Sambil menikmati pemandangan dan udara segar yang ditawarkan di taman ini, anda boleh berehat-rehat di wakaf yang disediakan.


Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya


Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (7.00 am – 8.00 pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (7.00 am – 10.00 pm)


Sumber: Perbadanan Putrajaya


Taman Botani Putrajaya



Taman Botani Putrajaya merupakan tempat yang perlu dikunjungi apabila melancong ke Putrajaya. Keunikan taman ini telah diakui dunia apabila diiktiraf sebagai salah satu daripada empat puluh buah taman yang tercantik di Asia.


Taman ini menempatkan tiga belas taman tema dan mempunyai lebih 700 jenis tumbuhan daripada pelbagai benua di dunia. Taman Botani Putrajaya menyediakan pilihan kepada pengunjung untuk menikmati keindahan dengan menelusuri laluan pejalan kaki atau menunggang basikal sewa yang tersedia.


Kemudahan ini pastinya menjamin keselesaan pengunjung semasa menikmati keindahan tumbuhan serta memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari pelbagai jenis tumbuhan yang pastinya mempunyai khasiat tersendiri.


Melalui kewujudan taman Botani Putrajaya ini pastinya akan memberi input baharu kepada pengunjung tentang kelebihan herba tempatan. Khasiat tumbuhan ini telah diguna pakai semenjak zaman dahulu lagi sebelum adanya perubatan moden untuk merawat pelbagai penyakit yang pasti juga mempamerkan tumbuhan yang belum dikenali masyarakat.


Justeru, lawatan ke taman Botani Putrajaya ini pastinya menjadi lawatan yang penuh berilmu dan sepatutnya tidak dilepaskan oleh pengunjung untuk melihat sendiri taman Botani Putrajaya.


Nilai ilmu yang terdapat di taman Botani Putrajaya ini sangat tinggi dan tidak sepatutnya pengunjung melepaskan peluang dalam memahami falsafah yang wujud di taman ini. Ilmu alam yang dimiliki masyarakat telah dikumpulkan untuk tatapan pengunjung dan memahami keperluannya dalam kehidupan.


Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sumber: Taman Botani Putrajaya


Taman Wetland Putrajaya




Taman Wetland Putrajaya menjanjikan keindahan alam yang sukar untuk dinikmati sekiranya berada di sesebuah kota raya kecuali di Putrajaya. Keindahan taman ini menyaksikan gabungan unsur alam semula jadi dengan struktur binaan manusia yang saling melengkapi dan memberi ketenangan serta penghayatan sebagai sebuah destinasi pelancongan.


Pelbagai hidupan akuatik terdapat di taman Wetland Putrajaya menyemarakkan lagi keindahan alam dan membuktikan bahawa persekitaran taman yang terjamin kebersihannya serta ekosistem kehidupan yang sihat.


Dapat dikatakan taman Wetland Putrajaya merupakan syurga pelbagai spesies burung air serta ikan yang perlu dipelajari oleh setiap pengunjung. Kehadiran burung-burung tersebut pasti akan menarik minat kanak-kanak yang pastinya belum pernah melihat kehidupan tersebut di persekitaran semula jadi. Justeru, pengunjung seharusnya tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri kehidupan semula jadi walaupun tidak berpeluang pergi taman negara di kawasan luar bandar.


Lokasi pelancongan taman Wetland Putrajaya ini mempunyai ini nilai falsafah tersendiri yang menuntut supaya dihayati oleh pengunjung sebagai suatu organisasi yang saling memerlukan antara manusia dengan hidupan semula jadi.


Alamat: Taman Wetland Putrajaya, Presint 13, 62000 Putrajaya


Waktu Operasi:

Taman Wetland: Setiap Hari (7.00 am – 7.00 pm)

Jadual Perjalanan Tram: Sesi Pagi (9.30 am & 11.30 am) | Sesi Petang (3.00 pm & 4.00. pm)

Masuk: Percuma


Tram: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM4


Sewa Basikal:

Hari Bekerja: Single RM8 / Jam | Single + Baby Carrier RM9 / Jam

Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah: Single RM10 / Jam | Single + Baby Carrier RM12 / Jam

Lawatan Berpandu: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3


Sumber:


Taman Ekuestrian Putrajaya


Taman Ekuestrian Putrajaya adalah sebuah kawasan tarikan yang cukup luas dengan lebih daripada 180 buah kandang. Kalau anda dah lama teringin merasa bagaimana perasaannya bila dapat menunggang kuda sendiri seperti dalam filem cowboy, di sinilah lokasi untuk merealisasikannya.

Tak pernah menunggang kuda? Inilah salah satu sebab kenapa anda perlu meluangkan masa di sini. Sebabnya, anda boleh memilih daripada mana-mana pakej yang ditawarkan yang bersesuaian dengan latar belakang anda.

Bagi yang tinggal di Putrajaya atau tidak jauh dari sini, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kelas intensif yang ditawarkan untuk mempelajari teknik sebenar menunggang kuda. Rugi tak belajar perkara sunnah ni.

Selain berpeluang untuk menunggang kuda, aktiviti lain yang ditawarkan adalah Stable Tour di mana anda boleh mempelajari pelbagai perkara berkaitan kuda seperti cara penjagaannya, sikap kuda, cara memandikannya, memberi makan dan banyak lagi! Pendek kata, segala perkara di sebalik tabir ekuestrian ini dapat anda selami.

Alamat: Taman Ekuestrian Putrajaya, Jalan Kandang Kuda, Presint 5, 62200 Putrajaya

Waktu Operasi (Joy Ride & Stable Tour): Selasa – Ahad (8.30 am – 10.30 am & 4.30 pm – 6.30 pm)

Sumber: putrajayaequestrianpark


Sejarah Putrajaya

Putrajaya, yang pada asalnya bernama Prang Besar (Jawi: ‏ڤراڠ بسر‎‎; alternatifnya Perang Besar), telah diasaskan pada tahun 1918 sebagai Air Hitam oleh British. Pada asalnya ia meliputi kawasan seluas 800 ekar (3.2 km2), ia kemudian diperluaskan sehingga 8,000 ekar (32 km2), dan digabungkan dengan kawasan ladang sekitar, termasuk Ladang Raja Alang, Ladang Galloway dan Ladang Bukit Prang.

Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, bandar tersebut terletak dalam Koridor Raya Multimedia, selain Cyberjaya yang baru dibangunkan. Dalam Sanskrit, "putra" bererti "putera" atau "anak lelaki", dan "jaya" bererti "kejayaan" atau "kemenangan". Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal 1990-an, dan hari ini mercutanda utama telah disiapkan dan penduduk dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.

Wawasan untuk memiliki Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru bagi menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran muncul pada akhir 1980-an, semasa tempoh jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Dr. Mahathir Bin Mohamad. Bandar baru ini telah dirancangkan terletak di antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dua kawasan telah dikemukakan, Prang Besar dan Janda Baik di Pahang.


sumber : wikipedia


Baca juga :


Catat Ulasan

0 Ulasan